Jangan terlepas adaptasi televisyen novel Wnfhanna “Yes! Captain Zul Aaryan,” yang akan disiarkan di Akasia TV3 bermula 10 Julai 2026, Isnin hingga Jumaat jam 7:00 malam. Diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures, siri ini dibintangi oleh Anna Jobling dan Jazmy Juma. Episod juga boleh ditonton di platform iQIYI.
Yes! Captain Zul Aaryan
Episod: 1/30
Tarikh Tayangan: 10 Julai 2026
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Novel: Wnfhanna
Penulis Skrip: Rozie Rashid & Pgr Team
Pengarah: Nizam Zakaria
Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Watak Pelakon
Anna Jobling sebagai Zara Andrea
Jazmy Juma sebagai Zul Aaryan
Nafiz Muaz sebagai Hazwan
Daniel Fong sebagai Bahri
Natasha Sass sebagai Rania
Adriana Ghafar sebagai Salwa
Esma Daniel sebagai Dato Abraham
Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Melinda
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Zul Azhar
Kuza Muzani sebagai Pn Sri Zulaikha
Balkisyh Semundur Khan
Yusuf Bahrin
Tony Eusoff
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Lumangad Oku Dika
Penyanyi: Ryenald Guntabid
Komposer & Lirik: Ryenald Guntabid
Sinopsis Yes Captain Zul Aaryan
Mengisahkan seorang juruterbang yang juga CEO, Zul Aaryan, yang memilih untuk menutup pintu hatinya selepas dikhianati oleh bekas kekasih.
Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu Zara Andrea, seorang pelatih praktikal yang berani bersuara dan tidak mudah tunduk kepada sesiapa.
Hubungan mereka yang pada awalnya dipenuhi pertelingkahan, sindiran dan perbezaan pendapat akhirnya berubah apabila tekanan keluarga menemukan mereka dalam satu ikatan yang langsung tidak dijangka.
Persoalannya, mampukah dua insan yang sering bertelagah ini mengenali hati masing-masing dan menemui cinta di sebalik segala konflik?
Sinopsis Novel Yes! Captain Zul Aaryan
Cerita bermula dengan insiden salah faham di Lapangan Terbang Melbourne yang mencetuskan “perang besar” antara Zul Aaryan dan Zara Andrea. Pertemuan itu meninggalkan impak yang sangat buruk sehinggakan masing-masing berharap agar tidak akan bertembung lagi.
Sangkaan mereka meleset apabila ditakdirkan bertemu semula di dalam pesawat. Lebih mengejutkan Andrea, rupa-rupanya lelaki yang dibencinya itu ialah kapten yang mengemudikan penerbangan tersebut. Konflik semakin tegang apabila Andrea mempunyai satu bukti yang boleh mengancam kerjaya Aaryan sebagai juruterbang.
Bagi Aaryan, imej dan kerjayanya sebagai kapten penerbangan adalah segalanya. Bagi memastikan Andrea tidak membocorkan maklumat tersebut, Aaryan menggunakan taktik licik menghapuskan bukti tersebut yang membuatkan Andrea bertambah sakit hati.
Walaupun cuba mengelak, takdir seolah-olah sengaja mempertemukan mereka berulang kali sehinggakan rasa benci dalam hati masing-masing semakin menebal. Namun, seperti kata pepatah, “jangan terlalu benci, nanti jadi jodoh.” Atas permintaan keluarga, mereka akhirnya dijodohkan.
Kedua-duanya menentang perkahwinan aturan keluarga ini. Namun, demi menjaga hati orang tua dan kerana masing-masing terperangkap dengan komitmen keluarga, Aaryan mencadangkan satu perjanjian rahsia: mereka berkahwin tetapi hanya untuk tempoh sebulan sahaja. Andrea bersetuju dengan syarat tersebut.Tetapi mampukah mereka bertahan hidup sebumbung selama sebulan itu?
Malay Drama | Kepala Bergetar Watch Latest Malay Drama Episodes Online
