Saksikan telefilem Vibrasi Ayat-Ayat Tuhan arahan Khir Rahman akan ditayangkan secara eksklusif menerusi aplikasi AlHijrah Plus pada Sabtu, 27 Disember 2025, jam 9.00 malam.
Vibrasi Ayat-Ayat Tuhan
Waktu Siaran: Sabtu, 27 Disember 2025, 9.00 malam
Platform Penstriman: Alhijrah Plus
Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah: Khir Rahman
Produksi: Eccentro Distro Sdn Bhd
Pelakon: Remy Ishak, Julia Farhana Marin, Hilal Azman, Hamidah Wahab, Taqim Zaki, Neera Azizi, Shyrim, Haqiqat Hamzah, Yusran Hasyim, PU Ustaz Rozi Harun
Sinopsis Vibrasi Ayat-Ayat Tuhan
Seorang usahawan yang berjaya digoncang oleh getaran misteri di rumah barunya, getaran yang membawa gema ayat-ayat Al-Quran dan bisikan ingatan. Ketika gangguan semakin memuncak, serpihan masa lalunya yang gelap sebagai penipu mula muncul, menggegarkan hati nuraninya dan memaksanya untuk menghadapi kebenaran yang telah lama cuba dikuburkannya.
Malay Drama | Kepala Bergetar Watch Latest Malay Drama Episodes Online
