Sunday , 23 November 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup Episod

Astro tampil mengangkat kisah lagenda rakyat penuh magis dan misteri menerusi siri terbaharu berjudul ‘Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup’ yang bakal bersiaran bermula 14 November ini. Siri enam episod arahan Shamyl Othman dan terbitan Red Communications Sdn Bhd ini diolah semula mengikut cita rasa penonton masa kini dengan sentuhan visual moden yang menjanjikan pengalaman baharu buat penonton. Menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Diana Danielle, Alif Satar, Bell Ngasri, Elly Mazlein, Niezam Zaidi, Arabella Ellen, Fimie Don serta ramai lagi.
Saksikan Hikayat Batu Belah Batu bersiaran mulai 14 November 2025, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Prima (saluran 105). Penonton juga boleh menstrimnya melalui On Demand di Astro GO dan sooka.

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup

Episod: 6
Tarikh Tayangan: 14 November 2025
Waktu Siaran: Jumaat, 9:00 malam
Saluran: Astro Ceria (611), Astro Prima (105)
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Pengarah: Shamyl Othman
Produksi: Red Communications Sdn Bhd

Watak Pelakon

Fimie Don sebagai Pekan
Arabella sebagai Melur
Alif Satar sebagai Pak Kantan
Diana Danielle sebagai Mak Tanjung
Niezam Zaidi sebagai Raja
Ezzanie Jasny sebagai Puteri
Bell Ngasri sebagai Toktok
Elly Mazlein sebagai Nenek Kebayan
Mikael Noah sebagai Pekan (Kecil)
Qisya sebagai Melur (Kecil)
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Hikayat Arjuni
Penyanyi: Amsyar Leee
Komposer: Darien Sebastian, Omar K, Amsyar Leee
Lirik: Darien Sebastian, Omar K, Amsyar Leee

Sinopsis Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup

Mengisahkan nasib malang yang menimpa keluarga Mak Tanjung (lakonan Diana Danielle), apabila suaminya, Pak Kantan (lakonan Alif Satar), terkorban kerana lemas  semasa memancing. Kejadian itu menyebabkan Mak Tanjung dan dua anaknya, Melur (lakonan Arabella Ellen) dan Pekan (lakonan Fimie Don), hidup dalam kesusahan.
Terdesak, Mak Tanjung mencari berlian berdekatan kawasan Batu Belah Batu Bertangkup untuk menyara hidup, namun batu berpuaka itu telah menelannya. Melur dan Pekan kemudian terpaksa meninggalkan kampung dan mengembara untuk mencari jalan membebaskan ibu mereka daripada kuasa jahat batu tersebut.