Drama Kelas Belakang Viu Episod

Viu Original tampil dengan drama bersiri terbaharu berjudul Kelas Belakang yang mengetengahkan realiti pelajar yang ditempatkan di kelas paling tercorot dan sering dipandang remeh. Drama terbitan Independent Pictures ini diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad. Menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Amylia Aidura, Areef Amran, Zairi Aziz, Farihin Arnia, Faha Azhar dan Ryliana Azizan. Kelas Belakang ditayangkan di platform penstriman Viu bermula 8 Januari 2026 pada pukul 12 tengah hari, dengan episod baharu disiarkan setiap Khamis dan Jumaat.

Kelas Belakang

Episod: 12
Tarikh Tayangan: 8 Januari 2026
Waktu Siaran: Khamis & Jumaat, 12:00 tengah hari
Platform Penstriman: Viu
Idea Asal: Azhar Amirulhisyam & Syarul Akmal
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar & Syarul Akmal
Pengarah: Nurhanisham Muhammad (Labu)
Produksi: Independent Pictures

Watak Pelakon

Amylia Aidura sebagai Nur Iman Kirana
Zairi Aziz sebagai Nik Anaqi
Areef Amran sebagai Fahmi Mirza
Farihin Arnia sebagai Johan Afiq
Faha Azhar sebagai Syed Abu Bakar (Arab)
Ryliana Azizan sebagai Siti Shafika
Arfie Shah sebagai Fang
Myra Afrina sebagai Hajar
Ellie Suriaty sebagai Pengetua
Zarynn Min sebagai Cikgu Rohaiza
Masta Dol sebagai Cikgu Fauzi
Azrul Zaidi sebagai Keifli
Ernita sebagai Maisara
Amira Rafik sebagai Melisa
Adib Shabil sebagai Shahdan
Arfeen Lestari sebagai Zain
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Jatuh Bangun
Penyanyi: Farihin Arnia
Komposer: Farihin Arnia
Lirik: Farihin Arnia

Sinopsis Kelas Belakang

Mengisahkan pelajar Kelas 5 Fikir yang kerap dilabel sebagai tiada harapan. Namun, segalanya mula berubah apabila Iman Kirana, pelajar terbaik sekolah, tampil menawarkan diri untuk mengajar mereka demi mengejar sebuah biasiswa berprestij.