Nantikan drama bersiri ‘Isteri Rahsia Ungku Jabbar’ adaptasi daripada novel ‘Badass Wife Ungku Jabbar’ karya Mia Azwari akan disiarkan mulai 20 April 2026 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di MegaDrama, Astro Ria atau strim di aplikasi Astro GO dan sooka.
Isteri Rahsia Ungku Jabbar
Episod: 40
Tarikh Tayangan: 20 April 2026
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Saluran: Astro Ria
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Novelis: Mia Azwari
Penulis Skrip: Nieza Nahar & Suzanna Zaily
Pengarah: Rashid Sibir
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Watak Pelakon
Keith Foo sebagai Ungku Jabbar
Harissa Adlynn sebagai Nilam
Ezaidi Aziz sebagai Ungku Jiyyad
Scha Elinnea sebagai Melina
Dynas Mokhtar sebagai Ungku Jasnita
Azri Iskandar
Syad Mutalib
Edaman Othman
Fadilah Mansor
Hanna Faresha
Sinopsis Isteri Rahsia Ungku Jabbar
Dipaksa mengahwini wanita yang menjadi mangsa rogol adiknya sendiri, Ungku Jabbar menyangka perkahwinan itu sekadar penutup aib. Namun segalanya berubah apabila Nilam, isteri rahsia yang penuh dendam dan keberanian, mula menakluk hatinya. Saat cinta mula berputik, kepulangan Jiyyad yang ingin merampas kembali Nilam mencetuskan pergelutan emosi, pengkhianatan dan pengorbanan, hingga memaksa Nilam memilih untuk melepaskan segalanya.
Malay Drama | Kepala Bergetar Watch Latest Malay Drama Episodes Online
