Nantikan drama adaptasi novel Bahagia Yang Tertangguh karya Rissa Ahdiya akan disiarkan di slot MegaDrama bermula 17 November 2025, setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria atau saksikan secara On Demand di Astro GO dan sooka.
Bahagia Yang Tertangguh
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 17 November 2025
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, sooka
Penulis Novel: Rissa Ahdiya
Penulis Skrip: Oka Aurora
Pengarah: Osman Ali
Produksi: iFAME
Watak Pelakon
Nad Zainal sebagai Nurin Hana
Kamal Adli sebagai Armin
Izzue Islam sebagai Zakwan
Rozita Che Wan sebagai Juriah
Mimi Ernida sebagai Azrin Sofea
Riz Amin sebagai Saleh
Iqbal Riezky sebagai Fahri
Norreen Iman
Adrean Mateen sebagai Raiqal
Rosnah Johari sebagai Rahimah
Muaz Fitri
Nina Juren
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Bahagia Yang Tertangguh
Penyanyi: Sharul Kamal & Zuana Zulmat
Komposer: Azmi Saat
Lirik: Azmi Saat & Andy Sulaiman
Sinopsis Drama Bahagia Yang Tertangguh
Mengisahkan tentang seorang wanita, Hana yang terperangkap dalam perkahwinan yang dikawal sepenuhnya oleh kakak iparnya. Terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri provider, menanggung segala perbelanjaan keluarga suami hingga akhirnya rumah tangganya mula retak dan musnah sedikit demi sedikit.
Namun, di saat dirinya hampir berputus asa, kemunculan seorang jiran lelaki, Armin, membawa sinar baharu dalam hidupnya membuka ruang untuknya mengenal semula makna cinta, keberanian dan harga diri. Melalui perjalanan penuh air mata dan kekuatan, dia akhirnya belajar bahawa kebahagiaan sejati bukanlah sesuatu yang diberi, tetapi sesuatu yang harus diperjuangkan.
Sinopsis Novel Bahagia Yang Tertangguh
Selama lapan tahun, Nurin Hana memendam rasa dan hidup dalam penderitaan di bawah kawalan keluarga mentuanya. Dia bukan sahaja dibuli oleh ipar-duai sehingga tidak pernah dibenarkan beraya di kampung sendiri, malah suaminya, Zakwan, yang tergolong dalam kategori ‘adik kakak’, tergamak memintanya membayar sewa rumah mereka.
Walaupun dilayan dengan buruk, cinta Hana pada Zakwan tidak pernah pudar sehinggalah dia menemui bukti kecurangan suaminya dengan seorang janda jelita bernama Azrin Sofea. Penghinaan Zakwan dan Azrin Sofea memuncak apabila Hana diceraikan dengan talak, yang dirasakan bagai vonis kematian bagi segala ketaatan dan kesetiaannya.
Hancur luluh, Hana bangkit demi permata hatinya. Namun, Zakwan yang mula rasa kehilangan dan diserbu penyesalan, kembali merayu Hana untuk rujuk semula demi anak mereka, Raiqal.
Pada masa yang sama, muncul Armin, seorang lelaki yang hadir menawarkan cinta yang tulus dan sedia memberi sinar harapan baru dalam hidup Hana.
Malay Drama | Kepala Bergetar Watch Latest Malay Drama Episodes Online
