Nantikan drama ‘Menantu Tanpa Reda’ adaptasi daripada drama popular China berjudul ‘Nursing Our Love’ yang bakal menemui penonton menerusi slot Tiara di Astro Prima bermula 12 Oktober ini, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 8 malam. Drama terbitan MIG Production ini diarahkan oleh Uchee Fukada bersama Ejump Mohd. Dibintangi oleh Sweet Qismina, Areef Amran, Yana Samsudin, Amar Baharin, Aleza Shadan dan ramai lagi.
Menantu Tanpa Reda
Episod: 60
Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2026
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 8:00 malam
Saluran: Astro Prima 105
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Pengarah: Uchee Fukada & Ejump Mohd
Produksi: MIG Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Sweet Qismina sebagai Suzila
Yana Samsudin sebagai Suhana
Amar Baharin sebagai Zariq
Areef Amran sebagai Zack
Aleza Shadan sebagai Salmiah
Jasper Supayah sebagai Melissa
Kazar Saisi sebagai Manap
Hanna Aqeela sebagai Orkid
Hafidzuddin Fadzil sebagai Zul
Fazren Rafi sebagai Hilman
Faa Zaini sebagai Mei
Lagu Tema (OST)
Tajuk : Haru Biru
Penyanyi: ALPHA & Daiyan Trisha
Komposer & Lirik: Justin Seow, Mohsein Kush, Prem Anand, Daiyan Trisha
Sinopsis Menantu Tanpa Reda
Mengisahkan kehidupan sebuah keluarga, di mana Salmiah berdepan ujian apabila kedua-dua anaknya Zariq dan Zack memilih untuk berkahwin dengan pasangan yang tidak mendapat restunya.
Keadaan itu sekali gus mencetuskan pelbagai konflik dalam hubungan antara ibu, anak dan menantu, khususnya apabila pilihan hati bertembung dengan kehendak keluarga.
Persoalannya, mampukah hubungan kekeluargaan terus dipertahankan apabila perkahwinan yang dibina tidak mendapat reda seorang ibu?
Demi memburu kebahagiaan setelah gagal dalam rumah tangga, dua beradik Suhana dan Suzila terpaksa merentasi tembok penolakan keluarga, sementara Zariq dan Zack bergelut memperjuangkan cinta pilihan hati demi sebuah penerimaan dan reda yang sukar digapai. Mampukah cinta tanpa reda memberi sinar bahagia pada mereka?
Malay Drama | Kepala Bergetar Watch Latest Malay Drama Episodes Online
