Saksikan siri terbaharu Tonton Original berjudul Sihir Isteri yang akan mula ditayangkan secara eksklusif di platform Tonton bermula 10 Oktober 2026, pada setiap Sabtu dan Ahad. Drama siri mistik ini diarahkan oleh Luqman Hafidz, diterbitkan oleh Mache All Star United dan skrip oleh Adza Emie. Menampilkan lakonan Uqasha Senrose, Nafiz Muaz, Yusuf Bahrin, Shahz Jaszle, Keith Foo dan Didie Alias.
Sihir Isteri
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 10 Oktober 2026
Waktu Siaran: Sabtu & Ahad
Platform Penstriman: Tonton
Penulis Skrip: Adza Emie
Pengarah: Luqman Hafidz
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Watak Pelakon
Uqasha Senrose sebagai Cempaka
Nafiz Muaz sebagai Ikmal
Yusuf Bahrin sebagai Faris
Keith Foo sebagai Armand
Shahz Jaszle sebagai Jeffrey
Didie Alias sebagai Nek Ros
Kiky Hannah sebagai Aliya
Shazia Rozaini
Zainal Rashid
Ayu Azlina
Syeefa Alhabshee
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Hasrat Hati
Penyanyi: Putera Muhammad
Lirik & Komposer: Firdaus Rahmat
Sinopsis Sihir Isteri
Mengisahkan Cempaka (Uqasha Senrose) yang terpaksa mewarisi saka keturunan keluarganya selepas kematian ibunya. Warisan gelap itu berasal daripada neneknya, Nek Ros (Didie Alias), sebelum diturunkan kepada ibunya.
Untuk menamatkan perjanjian mistik tersebut, Cempaka perlu melaksanakan empat ritual yang masing-masing berkait dengan perkahwinan dan menjanjikan ganjaran luar biasa.
Perjalanan gelap Cempaka bermula apabila perkahwinannya dengan Faris (Yusuf Bahrin), Jeffrey (Shahz Jaszle) dan Armand (Keith Foo) membuka ruang kepada pelbagai gangguan misteri serta rahsia yang menghantui kehidupan mereka.
Walaupun pada mulanya menolak, Cempaka akhirnya terpengaruh dengan janji yang terkandung dalam Kitab Warisan. Namun, apabila gangguan semakin sukar dikawal, dia kembali bertemu dengan cinta lamanya, Ikmal (Nafiz Muaz), yang muncul ketika dirinya paling memerlukan bantuan.
Cempaka (Uqasha Senrose) sanggup melakukan apa sahaja demi menyara adiknya, Aliya (Kiky Hannah) dan mempertahankan keluarganya. Namun, penemuan Kitab Warisan menyeretnya ke dunia gelap yang menjanjikan kecantikan, kekayaan dan kuasa.
Demi menuntut setiap janji dalam manuskrip misteri itu, Cempaka melalui empat perkahwinan dan ritual – bersama Faris (Yusuf Bahrin), dia memperoleh kecantikan dan rezeki; bersama Jeffrey (Shahz Jaszle), setiap kehendaknya menjadi nyata; bersama Armand (Keith Foo), dia meraih kedudukan, pengaruh dan kestabilan kewangan; manakala perkahwinannya dengan cinta lama, Ikmal (Nafiz Muaz), membawa Cempaka ke ritual terakhir yang berkait dengan warisan keluarganya.
Malay Drama | Kepala Bergetar Watch Latest Malay Drama Episodes Online
