Drama Sekali Lagi Bahagia iQIYI Episod

Saksikan drama Sekali Lagi Bahagia bakal menemui penonton di platform penstriman iQIYI bermula 21 September 2026, setiap hari Isnin dan Selasa jam 9 malam. Drama bersiri 12 episod arahan Jamal Khan dan diterbitkan oleh OrangeTree Production. Menampilkan gandingan tiga pelakon iaitu Zara Zya, MK K-Clique dan Izzue Islam.

Sekali Lagi Bahagia

Episod: 12
Tarikh Tayangan: 21 September 2026
Waktu Siaran: Isnin & Selasa, 9:00 malam
Platform Penstriman: iQIYI
Penulis Skrip: Rehal Nuharis, Eja Lorena, Amin Shakib
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: OrangeTree Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Zara Zya sebagai Ekin
MK K-Clique sebagai Han
Izzue Islam sebagai Remy
Afieq Shazwan sebagai Izmir
Dayang Areeda sebagai Rita
Dzul Hadziq sebagai Iman
Noniswara sebagai Maryam
Dato Sri Eizlan Yusuf sebagai Suhaimi
Rahhim Omar sebagai Dato Raisuddin
Sahronizam Noor sebagai Ayah Han

Sinopsis Sekali Lagi Bahagia

Sebagai seorang ibu tunggal, Ekin (Zara Zya) cuba bangkit dan bina semula hidup selepas melalui perkahwinan yang musnah akibat suami toksik dan tak pernah menghargainya sebagai seorang isteri. Namun, apabila bekas suaminya, Remy (Izzue Islam) kembali menghantui kehidupannya, Ekin mula persoalkan semula pilihan yang pernah dibuat. Dalam mencari keyakinan diri, hadir pula seorang lelaki, Han (MK K-Clique) yang ikhlas menyayanginya. Mampukah Ekin tinggalkan masa lalu dan berani memilih kehidupan serta cinta yang benar-benar membahagiakannya?