Jangan lepaskan peluang menyaksikan drama Cinta Kedua adaptasi daripada novel ‘My Mr Blind Date’ karya Julia Ayu akan disiarkan secara eksklusif di tonton bermula 20 April 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah malam. Drama arahan Idora Abdul Rahman ini diterajui oleh Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi dan Syarul Ezani.
Cinta Kedua
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 20 April 2026
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat
Platform Penstriman: tonton
Penulis Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani, Ramlah Rashid, Eja Lorena, Zarihah Hassan
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd
Watak Pelakon
Raden Zaharatul sebagai Bella Ammara / Bella Batrisyia
Hafidz Roshdi sebagai Daniel Rizki
Syarul Ezani sebagai Afiq Adam
Syazuwan Hassan sebagai Kamal
Aleza Shadan sebagai Puan Hana
Noniswara sebagai Puan Sri Nia
Khalida Balqis sebagai Sakinah
Hanna Halim sebagai Sofea
Lana Nordin sebagai Datin Fiona
Amir Mirza sebagai Anas
Marc Syahmie sebagai Mikail
Kael sebagai Budi
Tisya Ong sebagai Lily
Khayrisyah Kemal sebagai Dian
Wan Ellyas sebagai Ally
Nik Ramly sebagai Tuan Abdullah
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Renjana
Penyanyi: Kechik
Komposer: Putera Muhammad, Herman Kamal
Lirik: Putera Muhammad
Sinopsis Cinta Kedua
Mengisahkan perjalanan hidup Bella Ammara (Raden Zaharatul) yang dipaksa menghadapi perceraian dengan talak tiga akibat fitnah ibu mertuanya sendiri. Dalam keadaan hati yang remuk, Ammara bangkit membina semula kehidupannya. Namun, suratan menemukan dia dengan Daniel Rizki (Hafidz Roshdi), seorang lelaki yang hampir menjadi cinta sejatinya.
Meskipun begitu, seperti takdir yang sering menguji, hubungan mereka tidak kekal lama. Perpisahan selama dua tahun memisahkan mereka, sebelum akhirnya nasib menemukan kembali dua hati yang masih menyimpan rasa yang sama.
Cinta yang berputik semula menjadi asas kepada perkahwinan mereka, tetapi Ammara tidak mengetahui satu hakikat yang mampu meruntuhkan segala-galanya, bahawa Rizki sebenarnya adalah sepupu kepada Afiq Adam (Syarul Ezani) dan juga ‘cina buta’ yang diatur untuknya.
Malay Drama | Kepala Bergetar Watch Latest Malay Drama Episodes Online
