Nantikan drama Dorm 403 akan mengisi slot Samarinda, TV3 bermula pada 15 April 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam dan turut boleh distrim di aplikasi iQIYI satu jam selepas siaran TV3. Drama arahan Raja Mukhriz ini mengangkat kisah remaja yang penuh tekanan, konflik dan rahsia yang semakin meruncing dalam kalangan pelajar.
Dorm 403
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 15 April 2026
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10.00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Shah Rizal Mashur
Pengarah: Raja Mukhriz
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Watak Pelakon
Muaz Zabir sebagai Kuyu (Fuza)
Zairi Aziz sebagai Sheikh
Evertts Gomes sebagai Jambu (Mohd Hariz )
Gbril sebagai Huq (Anas Rizwan)
Nik Rifaie sebagai Lonjong (Megat)
Puteri Aleeya Antasha sebagai Nur Alisha
Dynas Mokhtar sebagai Puan Asma
Noki K-Clique sebagai Cikgu Hadid
Muhsin Nadzli sebagai Payan
Adam Ikmal sebagai Abeng (Ibrahim)
Shereena sebagai Qistina
Lagu Tema (OST)
Sendiri – Yonnyboii feat Kaii Deva
Sinopsis Dorm 403
Mengangkat kisah kehidupan para pelajar di Sekolah Menengah Seri Alami, sebuah sekolah berasrama penuh yang digemparkan dengan kehilangan misteri seorang pelajar, Sheikh, yang juga anak kepada pengetua sekolah, Puan Asma. Apa yang pada awalnya hanyalah kisah persahabatan remaja, percintaan dan konflik bertukar menjadi tragedi apabila Sheikh dibuli hingga mati oleh sekumpulan pelajar yang dikenali sebagai The Palang. Dalam keadaan panik, rakan-rakannya menanam mayatnya di bawah gazebo sekolah, namun mayat itu kemudiannya hilang secara misteri.
Kejadian tersebut membuka semula rahsia lama, termasuk kehilangan seorang pelajar bernama Haykal pada tahun 2008. Seorang wartawan, Payan, yang kini menyiasat kes tersebut mula membongkar sisi gelap sekolah itu, sekali gus menimbulkan ketegangan dalam kalangan kakitangan. Siri ini menyingkap realiti keras kehidupan di sekolah berasrama—penuh dengan cinta, dendam, pengkhianatan dan rahsia yang membawa maut.
Malay Drama | Kepala Bergetar Watch Latest Malay Drama Episodes Online
