Menjelang 23 September 2025 ini, drama yang dinanti-nantikan Puteri Kelas Atas akan ditayangkan secara eksklusif di Viu, terbitan Independent Pictures di bawah arahan Tam Suhaimi. Dibintangi oleh pelakon terkenal termasuk Emma Sofea, Azri Safix, Jay Iskandar, Razin Qidran, dan Mokhtar Mohsin, siri ini menjanjikan jalan cerita menarik yang dipenuhi dengan drama dan tipu daya. Penonton boleh menonton Puteri Kelas Atas setiap Selasa dan Rabu hanya di aplikasi Viu atau melalui viu.com.
Puteri Kelas Atas
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 23 September 2025
Waktu Siaran: Selasa & Rabu, 12pm
Platform Penstriman: Viu
Idea Asal: Aina Izzah
Penulis Skrip: Nur Bulan, Hadi M. Nor, Aina Izzah, Tam Suhaimi
Pengarah: Tam Suhaimi
Produksi: Independent Pictures
Watak Pelakon
Emma Sofea sebagai Amelia
Azri Safix sebagai Zaid
Jay Iskandar sebagai Iqbal
Razin Qidran sebagai Tunku Rafeeq
Mokhtar Mohsin sebagai Akid
Hana Tiha sebagai Iffah
Erin CTJ sebagai Dinie
Shah Kimin sebagai Yusof
Sadiq M. Jamil sebagai Nazir
Duerra Mitilda sebagai Kimie
Farihi Narnia sebagai Rauf
Nasir Khan sebagai Wafi
Rusdi Ramli sebagai Pengetua
Sham Visa sebagai Sultan Ahmad Razif
Mustaqim Bahadon sebagai Cikgu Rozimin
Hariz Hamdan sebagai Tunku Ahmad Iskandar
Ariel Izz sebagai Tuan Muiz
Tam Suhaimi sebagai Cikgu Nik
Maya Jaafar sebagai Cikgu Tinie
Heidi Nur Aleesya sebagai Amelia (kecil)
Intan Ladyana
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Puteri
Penyanyi: Yunadia
Lagu: Tam Suhaimi, Mel Ramlan
Lirik: Tam Suhaimi
Sinopsis Puteri Kelas Atas
Kisah seorang puteri yang terperangkap antara dunia bangsawan dan realiti kehidupan remaja biasa. Tunku Amelia (Emma Sofea), seorang puteri diraja yang dihantar secara rahsia ke sebuah sekolah berasrama penuh selepas satu pertelingkahan besar dengan ayahandanya. Meskipun ia kedengaran seperti hukuman, Amelia menyambut peluang ini sebagai permulaan baharu – peluang untuk melepaskan diri daripada belenggu protokol istana dan tekanan menjadi pewaris darah bangsawan. Namun, impiannya untuk menjalani kehidupan biasa sebagai remaja biasa ternyata tidak semudah yang disangkakan. Kehidupan di Sekolah Berasrama Berlian menguji kesabarannya – dari peraturan sekolah yang ketat hingga suasana asrama yang asing dan bising.
Amelia bagaimanapun mula menarik perhatian tiga pelajar lelaki paling menonjol di sekolah: Zaid, seorang pelajar popular yang sering melanggar peraturan tetapi memiliki sisi empati yang tersembunyi; Iqbal, ketua pengawas yang berdisiplin dan berprinsip; serta Akid, atlet kegemaran ramai yang sentiasa ceria dan mesra. Ketiga-tiga mereka mula jatuh hati kepada Amelia, tanpa mengetahui siapa sebenarnya gadis yang mereka kejar. Apa yang bermula sebagai perkenalan yang tidak disengajakan akhirnya berubah menjadi sebuah persaingan sengit – penuh dengan pelan sabotaj, kecemburuan, dan kekeliruan emosi.
Konflik semakin memuncak apabila seorang pelajar baharu, Rafeeq, muncul di sekolah. Rafeeq bukan sekadar pelajar biasa – dia ialah Tunku Rafeeq Putra, sepupu kepada Amelia yang juga merupakan anggota keluarga diraja. Namun kehadirannya di sekolah bukan sekadar untuk belajar, tetapi sebagai langkah perlindungan terhadap Amelia yang dirasakan semakin terdedah kepada ancaman luar. Lebih memburukkan keadaan, Rafeeq juga menyimpan satu rahsia besar yang berpotensi mengubah takdir keluarga diraja mereka, sekaligus menggugat kedudukan semua watak dalam cerita ini. Amelia pula berada di persimpangan – apakah dia akan memilih cinta, atau menunaikan tanggungjawab sebagai seorang puteri?