Drama Bila Cinta Menjadi Dosa Lestary TV3 Episod

Nantikan drama bersiri Bila Cinta Menjadi Dosa disiarkan bermula 27 Februari 2026 di slot Lestary TV3 dan tonton. Drama 30 episod terbitan Tanah Beris Film Production arahan Shuhaimi Lua. Dibintangi oleh Che Puan Sarimah Ibrahim, Zamarul Hisham, Zairi Aziz, Alya Iman, Nelissa Nizam dan ramai lagi.

Bila Cinta Menjadi Dosa

Episod: 30
Tarikh Tayangan: 27 Februari 2026
Waktu Siaran: Jumaat – Ahad, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Penulis Skrip: Syed Mohd Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production Sdn Bhd

Watak Pelakon

Sarimah Ibrahim sebagai Eva
Zamarul Hisham sebagai Dato Yusof
Zairi Aziz sebagai Zhafran
Alya Iman sebagai Nurul Yasmeen
Nelissa Nizam sebagai Nurul Nadira
Elizad Sharifuddin sebagai Marissa
Marc Syahmie sebagai Amar
Maria Farida sebagai Datin Kalsom
Dian P Ramlee sebagai Shamsiah
Jasmin Hamid sebagai Mastura
Rahim Jailani sebagai Dato Ismail
Ayu Azlina sebagai Datin Sofia
Shakira Stephen sebagai Hani
Athilla D’hun sebagai Julia
Wan Muhd Faizal sebagai Mirul
Ansa Ahmad sebagai Jai
Afeeq Spero sebagai Hakim
Ariel Izz sebagai Abang Man
Elly Suhaili sebagai Kak Munah
Fadzil A.Aziz sebagai Pak Samad
Ariff Idrus sebagai Amirul
Norlela Kadir sebagai Mak Siti
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Taman Keabadian
Penyanyi: Dato’ Aishah
Komposer & Lirik : Senna

Sinopsis Bila Cinta Menjadi Dosa

Zhafran (Zairi Aziz) pulang ke tanah air selepas meninggalkan kisah silam yang pahit, disambut oleh keluarganya, Dato’ Yusof (Zamarul Hisham) dan Datin Kalsum (Maria Farida). Namun kepulangan itu menjadi titik mula kepada rahsia besar yang selama ini tersembunyi.
Kemunculan Eva (Sarimah Ibrahim), wanita yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Dato’ Yusof, mencetuskan ketegangan dalam keluarga. Tuntutan Eva menggugat kepercayaan, menguji kesetiaan dan membuka ruang manipulasi yang semakin sukar dikawal.
Dalam kekalutan itu, Nurul Yasmeen (Alya Iman) bekas kekasih Zhafran, kembali hadir dalam hidupnya melalui dunia korporat sebagai sekretari Dato’ Yusof. Pertemuan semula ini menghidupkan luka lama, memaksa mereka berdepan perasaan yang belum terlerai.
Di kampung, Nurul Nadira (Nelissa Nizam) dan neneknya hidup dalam konflik harta pusaka yang ingin digadai oleh neneknya demi kepentingan wang dan diri sedangkan Nadira terlalu sayangkan satu-satunya warisan arwah ibu dan ayah.
Konflik keluarga, tanggungjawab, dan tekanan masa lalu saling bersilang, menjerat setiap watak dalam permainan emosi yang penuh helah. Setiap keputusan membawa akibat, dan kebenaran yang tersembunyi menunggu masa untuk terbongkar.