Tuesday , 3 February 2026

Drama Di Sebalik Jubah TV3 Episod

Nantikan drama Tonton Original Series: Di Sebalik Jubah lakonan Daiyan Trisha dan Azira Shafinaz akan disiarkan setiap Isnin dan Khamis bermula 22 Januari 2026. Strim drama ini melalui tonton.com.my atau aplikasi Tonton.

Di Sebalik Jubah

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2026
Hari Siaran: Isnin & Khamis
Platform Penstriman: Tonton
Skrip: Syed Fariz, Fairul Nizam Ablah, Anomalous Writers
Pengarah: Syed Fariz
Produksi: Anomalous Films

Watak Pelakon

Daiyan Trisha sebagai Amina
Azira Shafinaz sebagai Layla
Nafiz Muaz sebagai Rashid
Ibad Yaala sebagai Farid
Nadia Aqilah sebagai Puan Talha
Baizura Kahar sebagai Host
Susan Lankester sebagai Puan Aisyah
Azman Hassan sebagai Encik Amir
Leaism sebagai Wartawan Sofia
Nadiya Nisaa
Melissa Campbell
Sahronizam Noor
Sherie Merlis
Puteri Rayyana Rayqa
Douglas Wong
Lagu Tema (OST)
Daiyan Trisha – Sang Penipu

Sinopsis Di Sebalik Jubah

Mengangkat kisah dua beradik pempengaruh Islamik, Layla dan Amina yang dipuja ramai kerana imej berjubah serta sifat dermawan mereka.
Kedua-duanya mengetuai Laymina Shares, sebuah yayasan kebajikan yang berjaya meraih kepercayaan masyarakat sehingga mampu menggerakkan ribuan pengikut untuk menderma melalui pelbagai kempen.
Namun, kejayaan kutipan dana itu mula dipersoalkan apabila timbul dakwaan sebahagian sumbangan tidak disalurkan kepada golongan sasaran, sebaliknya digunakan untuk kepentingan peribadi.
Kecurigaan semakin memuncak apabila Rashid, seorang dermawan muda yang pada awalnya mengagumi perjuangan mereka, mula meragui kesahihan projek kebajikan yang dijalankan.
Dengan bantuannya, satu demi satu rahsia terbongkar, sekali gus menguji kepercayaan awam dan hubungan dua beradik itu apabila kebenaran tidak lagi mampu disembunyikan.