Drama Pak Su Ammara Astro Ria Episod

Nantikan drama adaptasi novel Pak Su Ammara karya Marissa akan disiarkan di Astro Ria bermula 5 Januari 2026 pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam juga boleh strim di Astro GO dan sooka. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini diarahkan oleh Azri Izhar. Dibintangi oleh Que Haidar, Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly dan Zaleha Iman Zainal.

Pak Su Ammara

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 5 Januari 2026
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Saluran: Astro Ria
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Penulis Skrip: Script Factory Studio
Pengarah: Azri Izhar
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon

Que Haidar sebagai Pak Su
Ummi Nazeera sebagai Miza
Syazwan Zulkifly sebagai Wafi
Zaleha Iman Zainal sebagai Ammara
Mia Nasir sebagai Wardah
Shah Iskandar sebagai Mizi
Hanna Aqeela sebagai Natrah
Fadilah Mansor
Najua P. Ramlee
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Terlalu Bodoh
Penyanyi: Ara Johari
Komposer & Lirik: Ilham Baso

Sinopsis Pak Su Ammara

Mengisahkan Hamiza, seorang guru prasekolah yang terperangkap dalam perkahwinan toksik. Dalam keadaan hamil, Miza membuat keputusan berani meninggalkan hubungan yang memudaratkan dirinya.
Miza nekad meminta penceraian apabila Wafi menuntut hak sebagai suami untuk berpoligami.
Perjalanan sebagai ibu tunggal menemukan Miza dengan Firdaus (Pak Su), bapa saudara kepada salah seorang muridnya, Ammara Rose.
Dalam mendapatkan kembali kepercayaan Ammara, Pak Su membantu Miza memperjuangkan haknya tanpa disedari Hamiza menjadi penyembuh kepada trauma lama yang menghantui Pak Su.

Sinopsis Novel Pak Su Ammara

Kehidupan berumah tangga tak lepas dari ujian. Begitu juga yang dialami oleh Miza. Tapi bagi Miza, memilih kata hati sendiri adalah pilihan yang tepat. Kehidupan bukanlah berkisarkan tentang kekalahan, tetapi berkisar tentang apa usaha untuk dirinya bangun semula. Tetapi bukan senang untuk orang lain faham tentang pilihannya.
“Eh, kalau tak tahu apa-apa jangan banyak cakaplah! Cakap saja pandai. Laki pun dikebas orang. Lagi banyak bunyi.” – Abang Mizi
“Miza tak rugi apa-apa. Dialah lelaki malang sebab tak pandai nak hargai isteri sebaik Miza.” – Miza
Itu baru kata-kata daripada abang kandung, belum lagi orang luar. Akhirnya Miza membawa diri untuk berdikari. Masih ada lagi pertolongan yang membuatkan dirinya terus kuat.
Tapi tak sangka pulak dirinya masih dikejar oleh Wafi.
“Kalau abang nak nikah, abang boleh aje nikah tanpa persetujuan, Miza” – Wafi
“Kalau dah macam tu, nikah sajalah. Miza pun tak kesah. Tapi macam Miza cakaplah, lepaskan Miza.” – Miza
Akhirnya. ikatan perkahwinan terlerai juga. Miza reda. Tapi hidupnya masih tidak aman kerana diganggu dengan kisah silam. Lagipun Miza merahsiakan yang dirinya sedang berbadan dua. Ketika Miza rasa keseorangan, muncul seseorang yang sering ada bila dia memerlukan bantuan. Tak sangka pak su kepada anak didiknya, Ammara… Menjadi ‘tali’ untuk dia keluar dari masalah.
“Saya pun sebenarnya serba salah nak minta tolong pak su. Tapi saya tak ada pilihan. Rasa terdesak sangat.” – Miza
“Jadi cikgu nak buat apa sekarang?” – Pak su Ammara
“Pura-pura jadi bakal ayah kembar, boleh?” – Miza
Wafi tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan haknya sebagai ayah. Berjayakah pak su Ammara membantu Miza.