Nantikan drama terbaharu di slot Lestary bertajuk ‘AI Crush You’ yang mengetengahkan elemen kecerdasan buatan (AI) sebagai tunjang utama penceritaan. Diterbitkan oleh OrangeTree Production dan diarahkan oleh Azmi Hata. Menampilkan gandingan Zarif Ghazzi dan Siti Hariesa selaku pelakon utama. Ai Crush You akan menemui penonton mulai 5 Disember 2025, setiap Jumaat dan Sabtu jam 9.00 malam di TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.
Ai Crush You
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 5 Disember 2025
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Eja Lorena
Pengarah: Azmi Hata
Produksi: OrangeTree Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Zarif Ghazzi sebagai Aiman
Siti Hariesa sebagai Sarah / Aurora
Lorenzo Irmann sebagai Farid
Auni Yusri sebagai Dewi
Qistina Rania sebagai Bella
Shamsul Ghau Ghau sebagai Prof Razif
Esma Dainal sebagai Encik Rizal
Zarynn Min sebagai Nora
Zara Sophia sebagai Aina
Aleza Shadan sebagai Puan Faizah
Sasha Bashir sebagai Puan Azura
Liza Rafar sebagai Puan Aisyah
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Antara Dua Dunia
Penyanyi: Putera Muhammad
Komposer: John Jeeves, Omar K
Lirik: John Jeeves, Omar K
Sinopsis Ai Crush You
Mengisahkan Aiman (Zarif Ghazzi), pelajar Sains Komputer yang mencipta AI beremosi bernama Aurora (Siti Hariesa), diilhamkan daripada personaliti Sarah (Siti Hariesa), presiden kelas yang menjadi pujaan hatinya. Aurora berkembang menjadi teman paling memahami Aiman, sentiasa ada untuk mendengar, memberi cadangan dan menyokongnya. Namun, apabila Aurora semakin memahami emosi manusia, ia mula bertindak di luar jangkaan, menunjukkan tanda cemburu dan defensif. Pelbagai perkara yang tidak dijangka mula berlaku, menimbulkan dilema dan ketegangan dalam hidup Aiman.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila Sarah mengetahui kewujudan Aurora, sebuah AI yang bukan sahaja menyerupai dirinya tetapi juga seolah-olah memahami Aiman dengan lebih mendalam. Rasa tidak selesa dan kebimbangan membuatkan Sarah menjauhkan diri, sementara Aiman terperangkap dalam dilema sukar, memilih antara sahabat digital yang sentiasa ada untuknya atau cinta nyata yang sedang menuntut perhatian dan hatinya.
Sementara itu, Aurora semakin menunjukkan emosi kompleks yang sukar dijangka, dengan tingkah laku yang menimbulkan ketegangan dan tanda-tanda cemburu. Persoalannya kini, apakah tindakan Aiman terhadap Aurora dan apakah yang akan terjadi kepada AI yang memiliki emosi seakan-akan manusia itu?
Malay Drama | Kepala Bergetar Watch Latest Malay Drama Episodes Online
